SEJARAH SEKOLAH

SRK Abang Aing adalah satu-satunya sekolah bumiputera yang  yang tunggal Grade A di Sri Aman dan sudahpun berfungsi sebelum tahun 1931. Mengikut maklumat yang diberikan oleh bekas Guru Besar SRK Abang Aing, beliau juga adalah seorang tokoh guru iaitu Allahyarham Tuan Haji Muhammad Bin Bujang memberitahu bahawa sekolah ini  dikenali dengan nama Sekolah Melayu Kerajaan.  Sekolah Melayu Kerajaan ini dipercayai sudah wujud dalam tahun 1920.  Pada ketika itu hanya ditumpangkan di Mahkamah Melayu.  Tempat asal mahkamah itu ialah di kawasan yang digunakan oleh Majlis Daerah Sri Aman sebagai tempat pasar sayur –sayuran sekarang.
         Dalam tahun 1931 barulah bangunan SRK Abang Aing yang pertama didirikan di tapak bangunan SRK Abang Aing yang ada sekarang.  Sekolah ini dinamakan “SRK Abang Aing” ialah kerana mengambil sempena nama seorang Pegawai Bumiputera Melayu yang telah banyak memberi perkhidmatan cemerlang kepada bangsa dan tanah air di zaman pemerintahan Raja Putih yang kedua iaitu Charles Brooke khususnya kawasan-kawasan di bahagian Sri Aman, Sarawak.
         Bangunan SRK Abang Aing yang asalnya adalah berbentuk yang disebut dengan sebutan tempatan “Limas Serani”.  Di sebelah menyebelah bangunan itu dibuat beranda.  Ruang bangunan itu dibahagi  dua yang dipisahkan oleh sebuah dinding yang boleh digerak-gerak mengikut lipatannya.  Satu keunikan yang terdapat pada bangunan itu ialah di tengah-tengah bumbung  atapnya dibuat sebuah binaan kecil menunjuk ke atas di perbuat daripada tembaga dimana loceng di tempatkan.
         Loceng itu hanya boleh dibunyikan dengan menarik talinya dari bawah oleh seorang murid yang bertugas.  Bangunan itu hanya mampu bertahan sebagai bilik darjah sehingga tahun 1960.
         Selepas tahun 1960 bangunan asal telah digunakan sebagai tempat tinggal guru sahaja.  Pada tahun 1975, bangunan asal itu dirobohkan dan tapaknya diganti oleh sebuah bangunan konkrit tiga tingkat mengandungi 13 buah bilik darjah dan sebuah Pejabat Kakitangan.  Bangunan konkrit itu dirasmikan dirasmikan oleh Tang berhormat Bekas Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, Tuan Haji Salleh Jafaruddin pada 22 Ogos 1977.
         Pada awal tahun 1963, sebuah bangunan semi konkrit setingkat mengandungi 6 buah bilik darjah dan sebuah bilik pejabat telah dibina oleh Majlis Daerah Batang Lupar, sekarang dikenali Majlis Daerah Sri aman.  Semenjak tahun itu, SRK Abang Aing telah pun dibekalkan dengan kemudahan klinik Pergigian kanak-kanak.  Kemudahan itu diteruskan hingga ke hari ini dan bertempat di bangunan yang sama dalam tahun 1976.
         Bangunan yang dibina dalam tahun 1963 telah pun dirobohkan untuk digantikan dengan bangunan konkrit baru yang mengandungi 18 buah bilik darjah.  Tarikh perobohan bangunan lama itu telah dilakukan pada akhir bulan April 1987.
         Dalam tahun 1966, sebuah bangunan kayu setingkat telah ditambah lagi oleh pihak Majlis Daerah Sri Aman.  Semenjak 1983, bangunan kayu itu diambil alih oleh pihak Jabatan Pendidikan untuk menempatkan Unit KBSR, Setor peperiksaan dan bengkel BTP.  Cadangan hendak meroboh bangunan itu sudahpun mula dibincangkan pada 13 Mei 1987.  Bangunan sementara bertambah dengan cepat dalam lingkungan tahun-tahun 1982 hingga 1985.  Semua bangunan sementara ini akhirnya diroboh dan digantikan bangunan konkrit.
         Pada 20 April 1987, bangunan lama telah pun dirobohkan.  Mulai dari tarikh itu sekolah terpaksa mengikut dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang.  Sesi pagi 12 buah kelas dan sesi petang pula 12 buah kelas.  Dalam tahun 1989 SRK Abang Aing mengadakan satu sesi sahaja, setelah sebuah blok darjah yang baru didirikan. Selain dari kelas biasa yang di jalankan pada sebelah pagi , SK Abang Aing juga mengadakan kelas-kelas bimbingan untuk murid tahap 1 dan 2 pada sebelah petang.  Sekolah ini juga mengadakan kelas akademik untuk murid yang berpotensi dalam pembelajaran iaitu kelasHIPERS yang dianjurkan oleh Yayasan Sarawak.  Kelas ini dijalankan pada setiap malam yang bertempat di Pusat Kegiatan Guru, Sri Aman.  Kelas ini adalah khas untuk murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR.  Kelas HIPERS telah dimulakan pada bulan Februari 1998. Di bidang pendidikan Agama, SRK Abang Aing juga mengadakan kelas KAFA untuk murid-murid yang beragama Islam.  Kelas ini dijalankan pada petang Jumaat dan pagi Sabtu.  Beberapa orang guru agama yang terlibat dalam kelas tersebut. Sebagai sekolah tertua di daerah Sri Aman, sekolah ini telah banyak mencatat sejarah dalam bidang akademik mahupun dalam bidang kokurikulum.  Sekolah ini telah banyak melahirkan murid cemerlang dalam peperiksaan, berjaya dalam pertandingan peringkat daerah, bahagian dan peringkat kebangsaan.  Ini adalah hasil kerjasama para guru dan sokongan ibu bapa dan masyarakat setempat.
         Dengan kawasan sekolah yang agak terhad bagi membina kemudahan seperti padang sekolah, Dewan dan gelanggang permainan, pihak sekolah banyak bergantung kepada kemudahan-kemudahan awam setempat seperti Dewan Suarah, padang Kementerian Pembangunan Sosial dan Mini Stadium.  Ini mungkin kerana pihak sekolah mempunyai hubungan yang baik / yang baik dengan jabatan-Jabatan atau agensi kerajaan di Bahagian Sri Aman. Hubungan baik juga wujud dalam pelbagai aktiviti dan program sekolah yang lain.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2023

  RASIONAL Sambutan bulan Kemerdekaan merupakan antara aktiviti yang diraikan oleh semua rakyat Malaysia sama ada di peringkat kebangsaan ...