Sunday, September 24, 2023

SAMBUTAN HARI MALAYSIA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2023

 


RASIONAL

Sambutan bulan Kemerdekaan merupakan antara aktiviti yang diraikan oleh semua rakyat Malaysia sama ada di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat sekolah. Ia bertujuan mengukuhkan pengetahuan sedia ada murid  serta pengetahuan yang diperolehi melalui proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas untuk dipraktikkan di dalam kehidupan seharian. Selain itu, ia dapat mengeratkan perpaduan di kalangan murid serta menyuntik semangat cintakan tanah air. Selain itu, program ini bertujuan memupuk semangat cintakan tanah air, mengasah dan menonjolkan bakat dan juga diharap dapat mengeratkan silaturahim di kalangan murid dan warga sekolah.

 

 TEMA

Malaysia Madani Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

OBJEKTIF

  • Merangsang minat, rasa ingin tahu dan keterujaan murid untuk mengkaji sejarah terutamanya sejarah kemerdekaan negara.
  • Mengembangkan potensi kreatif murid terhadap kepentingan menghargai sejarah negara.
  • Memupuk semangat cinta akan negara dan menghargai usaha pejuang kemerdekaan negara.


VIDEO PERARAKAN DAN PERHIMPUNAN

VIDEO 1


VIDEO 2

KLIK DI BAWAH UNTUK MELIHAT GAMBAR


Monday, October 31, 2022

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

 


Mukadimah 

Program Maulidur Rasul adalah salah satu inisiatif yang telah diambil oleh GPI SK Abang Aing bagi memastikan kelangsungan aktiviti Kurikulum Pendidikan Islam bertepatan dengan norma baru. Ia telah dijadikan sebagai kegiatan tahunan sekolah. Semua aktiviti ini adalah merupakan saluran yang memberi ruang kepada pelajar untuk mengetahui dan menghayati peristiwa yang berlaku dalam peristiwa Maulidur Rasul. Di samping itu, aktiviti ini juga sebagai penjana kepada Kurikulum Pendidikan Islam di sekolah. 

Objektif 

  • Memperingati hari keputeraan Rasulullah saw.
  • Menzahirkan perasaan kasih sayang kepada Rasulullah saw dengan berselawat kepada Nabi Muhammad saw
  • Menghayati peristiwa sirah Rasulullah dan dapat mengamalkan sunnah baginda dalam kehidupan seharian 


GAMBAR - GAMBAR SELANJUTNYA... 


VIDEO PERARAKAN MAULIDUR RASUL

 


VIDEO PERSEMBAHAN MURID




Wednesday, September 7, 2022

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

 



PENDAHULUAN

Bulan kemerdekaan yang disambut setiap tahun mempunyai peranan yang sangat penting dalam membina sebuah negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat. Generasi muda yang bakal menjadi pewaris negara perlu memahami dan menghayati sejarah perjuangan pahlawan negara dalam usaha mencapai kemerdekaan dalam erti kata yang sebenar. Sekolah menjadi antara agensi utama kerajaan dalam mendidik dan membina generasi mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.
               Bulan kemerdekaan merupakan satu program anjuran bersama oleh Panitia Sejarah, Panitia Bahasa Melayu, Panitia Pendidikan Islam, Panitia Seni Visual, Panitia Muzik, Pendidikan Moral, Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan Panitia RBT dengan kerjasama semua guru dan kaki tangan sekolah. Program ini diadakan bertujuan untuk meraikan hari-hari bersejarah Malaysia seperti Hari Sarawak, Hari kemerdekaan dan Hari Malaysia yang disambut saban tahun. Oleh yang demikian, program ini dilaksanakan bertujuan membangkitkan semangat patriotik dan cintakan negara dalam kalangan murid-murid sekolah dan seluruh warga SK Abang Aing.

RASIONAL

                Sambutan Hari Kemerdekaan merupakan aktiviti yang wajib diraikan oleh semua rakyat Malaysia sama ada di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat sekolah. Ia bertujuan mengukuhkan pengetahuan sedia ada serta pengetahuan yang diperolehi melalui proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas untuk dipraktikkan di dalam kehidupan seharian. Selain itu, ia dapat mengeratkan perpaduan di kalangan murid serta menyuntik semangat cintakan tanah air. Selain itu, program ini bertujuan memupuk semangat cintakan tanah air, mengasah dan menonjolkan bakat dan juga diharap dapat mengeratkan silaturahim di kalangan murid dan warga sekolah.


VIDEO


 

SAMBUTAN HARI MALAYSIA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2023

  RASIONAL Sambutan bulan Kemerdekaan merupakan antara aktiviti yang diraikan oleh semua rakyat Malaysia sama ada di peringkat kebangsaan ...