Tuesday, April 30, 2019

MAJLIS PENGIKTIRAFAN "MALAYSIA BOOK OF RECORD" MURID TERAMAI MEMBERSIH TANGAN SECARA SERENTAK DENGAN MILILEA ECOMIND HAND SANITIZER UNTUK 7 LANGKAH MEMBERSIH TANGAN BERSAMA MURID TAHUN 1, PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2019



PENGENALAN
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Mililea (M) Sdn. Bhd melaksanakan percubaan rekod untuk 7 Langkah Membersih Tangan Menggunakan Mililea Ecomind Hand Sanitizer Bersama 450,000 murid Tahun 1 2019 secara serentak seluruh Negara pada 30 April 2019. Setiap murid Tahun 1 dibekalkan 1 unit Hand Sanitizer untuk digunakan pada hari tersebut.

TUJUAN / RASIONAL
Acara ini diadakan adalah untuk mendidik semua murid Tahun 1 2019 cara membersih tangan yang betul dengan menggunakan Hand Sanitizer serta mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Record untuk bilangan murid yang paling ramai membersihkan tangan menggunakan Hand Sanitizer secara serentak seluruh Negara.

OBJEKTIF
  • Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan murid terhadap menggalakkan amalan cara hidup di kalangan murid-murid.
  • Murid-murid mendapat pengetahuan yang mendalam tentang kepentingan dan kaedah menjaga kesihatan tangan.
  • Menerapkan kepentingan tubuh badan yang bersih dan sihat.
  • Mengamalkan kesihatan dan kebersihan dalam kehidupan murid-murid.
  • Mendedahkan penjagaan kesihatan dan kebersihan secara menyeluruh dan mengikut prosedur yang betul terhadap murid-murid.
  • Membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup yang berterusan dalam menjalani kehidupan harian.
SASARAN 84 Orang Murid Tahun 1

 

SELAMAT MENONTON

SAMBUTAN HARI MALAYSIA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2023

  RASIONAL Sambutan bulan Kemerdekaan merupakan antara aktiviti yang diraikan oleh semua rakyat Malaysia sama ada di peringkat kebangsaan ...