Tuesday, March 12, 2019

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM MaCS


PENGENALAN
Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum bil 1/2019 telah menetapkan untuk menubuhkan Jawatankuasa MaCS peringkat sekolah sebagai badan yang bertanggungjawab untuk melaksanakan program-program yang bertujuan untuk mencapai keputusan terbaik bagi murid Tahun 6 dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah tahun 2019. Keputusan UPSR yang sederhana sejak 2017 memerlukan pihak sekolah menyelidik, mengenalpasti cabaran seterusnya mengatasi cabaran berkenaan untuk mencapai tahap yang lebih tinggi. Keputusan UPSR 2017 ialah 64.86% dan 2018 55.14% Menguasai Tahap Minima (MTM) untuk semua mata pelajaran. Melihat cabaran yang besar ini, pihak pengurusan sekolah telah membuat rombakan yang besar terhadap program murid-murid Tahun 6. Pihak sekolah telah menetapkan “Program MaCS” adalah nama bagi program kecemerlangan UPSR tahun 2019. Program MaCS mempunyai 14 entiti utama yang menjadi tonggak utama bagi memenuhi kehendak sasaran sekolah. Dengan meletakkan sasaran yang releven selepas mengambil kira Analisis SWOT semasa, pihak sekolah telah menetapkan sasaran murid Menguasai Tahap Minima (MTM) UPSR 2019 ialah 75.00% dan Gred Purata Sekolah (GPS) ialah 2.75. Komitmen dan semangat yang tinggi di kalangan warga sekolah dan murid-murid sudah pasti akan memberi impak yang besar kepada keputusan UPSR tahun 2019 selaras dengan slogan “Together We Strive For The Best”.

MATLAMAT

Matlamat utama Program MaCS 2019 ialah untuk mencapai sasaran UPSR seperti berikut :-

Bil
Mata Pelajaran
MTM
GPMP
1
Bahasa Melayu Pemahaman
100.00%
1.84
2
Bahasa Melayu Penulisan
98.00%
2.01
3
Bahasa Inggeris Pemahaman
76.00%
3.37
4
Bahasa Inggeris Penulisan
77.00%
3.17
5
Matematik
93.00%
3.02
6
Sains
86.00%
3.07



Bil Calon
MTM
Semua A
GPS
100
75.00%
5.00% (5 ORANG)
2.75

OBJEKTIF
  1. Melancarkan Program MaCS sebagai tanda kesungguhan warga sekolah terhadap usaha membantu anak-anak untuk mencapai kejayaan yan cemerlang dalam UPSR 2019.
  2. Meningkatkan kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa bagi berganding bahu memastikan anaka-anak mencapai kejayaan yang cemerlang.
  3. Bekerjasama dengan semua ketua-ketua masyarakat agar dapat bekerjasama untuk melahirkan masyarakat akan datang yang lebih cemerlang.
  4. Bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin setempat kita agar dapat membantu pihak sekolah merealisasikan semua perancangan pihak sekolah dapat dilaksanakan dengan cemerlang.
  5. Sebagai titik bermulanya perang UPSR dalam kalangan anak-anak didik, permata ibu bapa agar mereka terus meningkatkan usaha bagi mencapai kejayaan yang akan menjadi kebanggaan keluarga dan sekolah.
GAMBAR-GAMBAR SEMASA MAJLIS
Sesi soal jawab bersama ibu bapa
Ketibaan Yang Berhormat Puan Hajah Simoi binti Haji Peri, Ahli Dewan Undangan Negeri N.28 Lingga
Bacaan Doa
Ucapan alu-aluan Guru Besar SK Abang Aing
Ucapan Wakil Ibu Bapa Murid-murid Tahun 6
Ucapan Wakil Murid Tahun 6

Ucapan Perasmian oleh Yang Berhormat Puan Hajah Simoi binti Haji Peri, Ahli Dewan Undangan Negeri N.28 Lingga

Gimik Perasmian Pelancaran Program MaCS 2019

SAMBUTAN HARI MALAYSIA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2023

  RASIONAL Sambutan bulan Kemerdekaan merupakan antara aktiviti yang diraikan oleh semua rakyat Malaysia sama ada di peringkat kebangsaan ...