Thursday, May 16, 2019

MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU

15 Mei 2019
Tapak Perhimpunan




Saksikan Video ini :



Wednesday, May 15, 2019

PROGRAM IHYA' RAMADHAN 1440H





IHYA' RAMADHAN 1440H anjuran Panitia Pendidikan Islam SK Abang Aing


1.0             PENDAHULUAN

Sesungguhnya bulan Ramadhan merupakan bulan yang sentiasa dinantikan oleh umat Islam kerana bulan ini dipenuhi dengan keberkatan dan kerahmatan Allah. Umat Islam seharusnya menerima kehadiran Ramadhan dengan penuh kegembiraan dan berusaha merebut segala ganjaran yang dijanjikan kepada hamba-Nya yang berpuasa dan melakukan amal soleh. Ibadah puasa yang telah difardhukan ini mengandungi pelbagai rahsia dan hikmah yang perlu diketahui agar kita berupaya menghayati dan melaksanakannya dengan penuh keikhlasan.

2.0             MATLAMAT

Bulan Ramadhan perlu dihayati dan dipenuhi dengan pelbagai amalan wajib dan sunat agar kehadirannya dirasai. Matlamat akhir Ramadhan bagi melahirkan insan yang bersih dari segi rohani dan jasmani melalui ibadah puasa dan amalan sunat yang lain. Oleh itu, Panitia Pendidikan Islam dan Panitia Bahasa Arab SK Abang Aing telah mengambil inisiatif sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak untuk menganjurkan program Ihya’ Ramadhan demi memastikan seluruh warga SK Abang Aing dapat mengahayati dan berjaya merebut segala ganjaran yang dijanjikan oleh Allah S.W.T.

1.0             OBJEKTIF


1.1              Memberi kesedaran tentang kepentingan menghidupkan bulan Ramadhan Al Mubarak.
1.2              Menyebarkan ilmu dan maklumat tentang kelebihan ibadah puasa dan amalan-amalan sunat yang lain.
1.3              Memberi peluang kepada warga sekolah menambahkan amal jariah.
1.4              Menggalakkan ibadah membaca Al-Quran dalam kalangan guru dan murid.
1.5              Menggalakkan murid mengetahui dan mengenali huruf-huruf hijaiyah yang terdapat di dalam iqra’ 1 hingga 6.
1.6              Mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga SK Abang Aing


PENCERAMAH
  • USTAZ IHSAN BIN MOHD NOOR

SAMBUTAN HARI MALAYSIA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2023

  RASIONAL Sambutan bulan Kemerdekaan merupakan antara aktiviti yang diraikan oleh semua rakyat Malaysia sama ada di peringkat kebangsaan ...