Klik Link ini untuk Gambar-gambar selanjutnya...
Friday, October 11, 2019
Tuesday, September 3, 2019
SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN
29 OGOS 2019
KHAMIS
KHAMIS
KLIK LINK INI UNTUK GAMBAR-GAMBAR SELANJUTNYA..
SAKSIKAN VIDEO INI
LINK VIDEO LIVE DI FACEBOOK
MAJLIS IZIN DAN RESTU ILMU (SKAA)
22 OGOS 2019 (KHAMIS)
DEWAN SUARAH, SRI AMAN
PENDAHULUAN
MATLAMAT
DEWAN SUARAH, SRI AMAN
PENDAHULUAN
Perjalanan
merentasi masa mencari ilmu tidak akan bermakna tanpa restu daripada
insan-insan penting dalam kehidupan seorang
murid. Maka, majlis Mohon Restu
Ilmu merupakan sebagai persediaan terakhir calon UPSR untuk menghadapi
peperiksaan UPSR sebenar. Majlis ini juga adalah untuk menyediakan calon UPSR
dari segi fizikal dan mental sebelum menduduki peperiksaan sebenar sekaligus
sebagai lafaz restu ibubapa dan guru mengizinkan ilmu yang dicurahkan semoga
diberkati.
Ia juga
merupakan kesinambungan usaha kita untuk memberi amanat dan pesanan mengenai perkara yang
perlu dilakukan oleh para calon UPSR pada saat-saat akhir sebelum menduduki
peperiksaan juga bagi membantu murid-murid untuk lebih bersedia
dalam menghadapi peperiksaan UPSR nanti.
MATLAMAT
- Melahirkan murid yang berbudi luhur, berketrampilan, berdaya saing dan cemerlang.
- Melahirkan murid yang beradab dalam menuntut ilmu serta mengamalkan konsep pendidikan sepanjang hayat.
- Membimbing dan memupuk nilai murni serta sikap menghargai ibu bapa dan guru.
- Menanam sikap hormat menghormati dan bertanggungjawab.
- Memberikan kesedaran betapa perlunya memohon kepada Allah selain usaha kita sendiri.
- Membina budaya berdoa kepada Allah.
TEKAN LINK INI UNTUK GAMBAR-GAMBAR SELANJUTNYA...
SAKSIKAN VIDEO INI..
MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN
9 Ogos 2019 (JUMAAT)
Tapak Perhimpunan SKAA
Tapak Perhimpunan SKAA
Klik link ini untuk GAMBAR-GAMBAR SELANJUTNYA.
Saksikan Video Ini..
Wednesday, July 24, 2019
PROGRAM STEM 'OUTREACH'
24 JULAI 2019 (RABU)
PROGRAM STEM 'OUTREACH'
ANJURAN BERSAMA
YAYASAN SARAWAK
SWINBURNE UNIVERSITY OF TECHNOLOGY SARAWAK CAMPUS
& PERSATUAN GURU BIMBINGAN & KAUNSELING SARAWAK ZON SRI AMAN
LATAR BELAKANG
- STEM (Science, Technology, Engineering, Mathematics) merupakan salah satu agenda pendidikan yang dipromosikan dalam kalangan murid-murid sekolah dalam era teknologi dan digital pada masa kini. Kebanyakan sekolah telah menubuhkan Kelab STEM dan banyak isu yang diperbincangkan tentang perkara ini. Walau macam mana pun, pada hakikatnya, ramai guru yang masih tidak pasti tentang cara-cara mempromosikan idea STEM ini dalam kalangan murid-murid mereka. Jadi STEM hanya jadi topik perbualan sahaja pada kebanyakan masa. Daerah Sri Aman dan Lubok Antu amat bernasib baik kerana telah dipilih oleh Swinburne University of Technology Sarawak Campus untuk menjalankan Program STEM ini. Persatuan Guru Bimbingan & Kaunseling Sarawak Zon Sri Aman menjadi penganjur bersama untuk program tersebut. Program ini adalah di bawah tajaan Yayasan Sarawak.
OBJEKTIF
- Para peserta berpeluang mengalami beberapa jenis aktiviti yang berkait rapat dengan STEM dan faham tentang intipati STEM yang sebenarnya serta meningkatkan minat mereka terhadap subjek-subjek STEM.
MATLAMAT
- Para guru dan murid mampu menyebarkan informasi yang terkini serta pengalaman mereka tentang aktiviti STEM kepada orang-orang di sekeliling mereka terutama sekali warga sekolah masing-masing dengan harapan lebih ramai murid akan minat subjek-subjek STEM.
VIDEO
Thursday, July 18, 2019
PROGRAM PENDIDIKAN ESTECC DI SK ABANG AING
PROGRAM PENDIDIKAN ESTECC DI SK ABANG AING, SRI AMAN
- Adalah inisiatif Kementerian Tenaga Sains Teknologi Alam Sekitar dn Perubahan Iklim (MESTECC) bagi menarik minat pelajar terhadap STEM (Science, Technology, Engineering Mathematics).
- Satu platform pendedahan ilmu ke arah memilih aliran pendidikan serta kerjaya terutama dalam bidang sains dan teknologi.
VIDEO
Tuesday, July 2, 2019
Thursday, May 16, 2019
Wednesday, May 15, 2019
PROGRAM IHYA' RAMADHAN 1440H
IHYA' RAMADHAN 1440H anjuran Panitia Pendidikan Islam SK Abang Aing
1.0
PENDAHULUAN
Sesungguhnya
bulan Ramadhan merupakan bulan yang sentiasa dinantikan oleh umat Islam kerana
bulan ini dipenuhi dengan keberkatan dan kerahmatan Allah. Umat Islam
seharusnya menerima kehadiran Ramadhan dengan penuh kegembiraan dan berusaha
merebut segala ganjaran yang dijanjikan kepada hamba-Nya yang berpuasa dan
melakukan amal soleh. Ibadah puasa yang telah difardhukan ini mengandungi
pelbagai rahsia dan hikmah yang perlu diketahui agar kita berupaya menghayati
dan melaksanakannya dengan penuh keikhlasan.
2.0
MATLAMAT
Bulan Ramadhan perlu dihayati dan
dipenuhi dengan pelbagai amalan wajib dan sunat agar kehadirannya dirasai.
Matlamat akhir Ramadhan bagi melahirkan insan yang bersih dari segi rohani dan
jasmani melalui ibadah puasa dan amalan sunat yang lain. Oleh itu, Panitia
Pendidikan Islam dan Panitia Bahasa Arab SK Abang Aing telah mengambil
inisiatif sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak untuk menganjurkan program Ihya’
Ramadhan demi memastikan seluruh warga SK Abang Aing dapat mengahayati dan
berjaya merebut segala ganjaran yang dijanjikan oleh Allah S.W.T.
1.0
OBJEKTIF
1.1
Memberi
kesedaran tentang kepentingan menghidupkan bulan Ramadhan Al Mubarak.
1.2
Menyebarkan
ilmu dan maklumat tentang kelebihan ibadah puasa dan amalan-amalan sunat yang
lain.
1.3
Memberi
peluang kepada warga sekolah menambahkan amal jariah.
1.4
Menggalakkan
ibadah membaca Al-Quran dalam kalangan guru dan murid.
1.5
Menggalakkan
murid mengetahui dan mengenali huruf-huruf hijaiyah yang terdapat di dalam
iqra’ 1 hingga 6.
1.6
Mengeratkan
hubungan silaturrahim antara warga SK Abang Aing
- USTAZ IHSAN BIN MOHD NOOR
Monday, May 6, 2019
Tuesday, April 30, 2019
MAJLIS PENGIKTIRAFAN "MALAYSIA BOOK OF RECORD" MURID TERAMAI MEMBERSIH TANGAN SECARA SERENTAK DENGAN MILILEA ECOMIND HAND SANITIZER UNTUK 7 LANGKAH MEMBERSIH TANGAN BERSAMA MURID TAHUN 1, PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2019
PENGENALAN
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Mililea (M) Sdn. Bhd melaksanakan percubaan rekod untuk 7 Langkah Membersih Tangan Menggunakan Mililea Ecomind Hand Sanitizer Bersama 450,000 murid Tahun 1 2019 secara serentak seluruh Negara pada 30 April 2019. Setiap murid Tahun 1 dibekalkan 1 unit Hand Sanitizer untuk digunakan pada hari tersebut.
TUJUAN / RASIONAL
Acara ini diadakan adalah untuk mendidik semua murid Tahun 1 2019 cara membersih tangan yang betul dengan menggunakan Hand Sanitizer serta mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Record untuk bilangan murid yang paling ramai membersihkan tangan menggunakan Hand Sanitizer secara serentak seluruh Negara.
OBJEKTIF
- Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan murid terhadap menggalakkan amalan cara hidup di kalangan murid-murid.
- Murid-murid mendapat pengetahuan yang mendalam tentang kepentingan dan kaedah menjaga kesihatan tangan.
- Menerapkan kepentingan tubuh badan yang bersih dan sihat.
- Mengamalkan kesihatan dan kebersihan dalam kehidupan murid-murid.
- Mendedahkan penjagaan kesihatan dan kebersihan secara menyeluruh dan mengikut prosedur yang betul terhadap murid-murid.
- Membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup yang berterusan dalam menjalani kehidupan harian.
SASARAN 84 Orang Murid Tahun 1
SELAMAT MENONTON
Thursday, April 25, 2019
Thursday, March 21, 2019
Tuesday, March 12, 2019
MAJLIS PELANCARAN PROGRAM MaCS
PENGENALAN
Mesyuarat
Jawatankuasa Kurikulum bil 1/2019 telah menetapkan untuk menubuhkan Jawatankuasa
MaCS peringkat sekolah sebagai badan yang bertanggungjawab untuk melaksanakan
program-program yang bertujuan untuk mencapai keputusan terbaik bagi murid
Tahun 6 dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah tahun 2019. Keputusan UPSR yang
sederhana sejak 2017 memerlukan pihak sekolah menyelidik, mengenalpasti cabaran
seterusnya mengatasi cabaran berkenaan untuk mencapai tahap yang lebih tinggi.
Keputusan UPSR 2017 ialah 64.86% dan 2018 55.14% Menguasai Tahap Minima (MTM)
untuk semua mata pelajaran. Melihat cabaran yang besar ini, pihak pengurusan
sekolah telah membuat rombakan yang besar terhadap program murid-murid Tahun 6.
Pihak sekolah telah menetapkan “Program MaCS” adalah nama bagi program
kecemerlangan UPSR tahun 2019. Program MaCS mempunyai 14 entiti utama yang
menjadi tonggak utama bagi memenuhi kehendak sasaran sekolah. Dengan meletakkan
sasaran yang releven selepas mengambil kira Analisis SWOT semasa, pihak sekolah
telah menetapkan sasaran murid Menguasai Tahap Minima (MTM) UPSR 2019 ialah
75.00% dan Gred Purata Sekolah (GPS) ialah 2.75. Komitmen dan semangat yang
tinggi di kalangan warga sekolah dan murid-murid sudah pasti akan memberi impak
yang besar kepada keputusan UPSR tahun 2019 selaras dengan slogan “Together We Strive For The Best”.
MATLAMAT
Matlamat
utama Program MaCS 2019 ialah untuk mencapai sasaran UPSR seperti berikut :-
Bil
|
Mata Pelajaran
|
MTM
|
GPMP
|
1
|
Bahasa Melayu Pemahaman
|
100.00%
|
1.84
|
2
|
Bahasa Melayu Penulisan
|
98.00%
|
2.01
|
3
|
Bahasa Inggeris Pemahaman
|
76.00%
|
3.37
|
4
|
Bahasa Inggeris Penulisan
|
77.00%
|
3.17
|
5
|
Matematik
|
93.00%
|
3.02
|
6
|
Sains
|
86.00%
|
3.07
|
Bil Calon
|
MTM
|
Semua A
|
GPS
|
100
|
75.00%
|
5.00% (5 ORANG)
|
2.75
|
OBJEKTIF
- Melancarkan Program MaCS sebagai tanda kesungguhan warga sekolah terhadap usaha membantu anak-anak untuk mencapai kejayaan yan cemerlang dalam UPSR 2019.
- Meningkatkan kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa bagi berganding bahu memastikan anaka-anak mencapai kejayaan yang cemerlang.
- Bekerjasama dengan semua ketua-ketua masyarakat agar dapat bekerjasama untuk melahirkan masyarakat akan datang yang lebih cemerlang.
- Bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin setempat kita agar dapat membantu pihak sekolah merealisasikan semua perancangan pihak sekolah dapat dilaksanakan dengan cemerlang.
- Sebagai titik bermulanya perang UPSR dalam kalangan anak-anak didik, permata ibu bapa agar mereka terus meningkatkan usaha bagi mencapai kejayaan yang akan menjadi kebanggaan keluarga dan sekolah.
Sesi soal jawab bersama ibu bapa |
Ketibaan Yang Berhormat Puan Hajah Simoi binti Haji Peri, Ahli Dewan Undangan Negeri N.28 Lingga |
Bacaan Doa |
Ucapan alu-aluan Guru Besar SK Abang Aing |
Ucapan Wakil Ibu Bapa Murid-murid Tahun 6 |
Ucapan Wakil Murid Tahun 6 |
Wednesday, February 20, 2019
PROGRAM JOM KE SEKOLAH TAHUN 2019
18 Februari 2019 ( Isnin ), program ini telah berlangsung di Dewan Bougainvillea telah bertukar tempat atas sebab cuaca tidak mengizinkan..
MAJLIS PERASMIAN PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM:
- PROGRAM JOM KE SEKOLAH
- PELANCARAN PAPAN KENYATAAN PPS
PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2019
Majlis ini adalah merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah KPM.
OBJEKTIF
OBJEKTIF
- Mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di antara pihak sekolah dan pihak PPS.
- Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.
- Memperluas penggunaan papan kenyataan PPS di sekolah-sekolah KPM bagi tujuan memaparkan maklumat penting dan terkini mengenai isu-isu semasa kepolisian kepada warga sekolah dan ibu bapa.
Gambar-gambar semasa majlis..
Ketibaan Tetamu Jemputan bersama Guru Besar dan Exco PIBG |
Bacaan doa oleh. Ustaz Mohd Harris bin Mohd Jamari |
Ucapan alu-aluan oleh Guru Besar, Cikgu Bohan bin Hj. Sahar |
Ucapan PPS, Sarjan Backer Ak Dundi |
Ucapan YB Menteri Pendidikan, PK Pentadbiran, Encik Mohamad bin Bujang |
Simbolik Perasmian, Perasmian Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM; Pelancaran Program Jom Ke Sekolah dan Perasmian Papan Kenyataan PPS |
Tuesday, February 19, 2019
SUKAN TAHUNAN SK ABANG AING TAHUN 2019
12-13 Februari 2019, Kejohanan Sukan Tahunan SKAA Tahun 2019 telah berlangsung di Kompleks Sukan, Sri Aman.
PENDAHULUAN
- Bersukan adalah suatu amalan yang baik untuk setiap murid. Ianya harus dijadikan satu daripada aktiviti kehidupan yang berterusan. Kecergasan fizikal melalui sukan yang bersistematik lagi teratur sangat penting kepada kedua-dua aspek kesihatan fizikal dan mental. Amalan bersukan juga dapat meningkatkan taraf kesihatan dan produktiviti seseorang murid.
RASIONAL
- Menanamkan semangat dan kesedaran bersukan kepada murid-murid untuk direalisasikan dalam amalan kehidupan seseorang murid terhadap keluarga, masyarakat dan negara.
- Memberi pendedahan dari aspek ilmu dan amalan melalui program sukan.
- Menanam sikap dan disiplin diri yang tinggi di kalangan murid melalui aktiviti-aktiviti sukan.
Gambar-gambar semasa aktiviti..
Guru Besar bersama EXCO PIBG |
Tempat Ke-4, Rumah Kuning |
Tempat Ke-3, Rumah Biru |
Naib Johan, Rumah Merah |
Johan, Rumah Hijau |
Penyampaian Anugerah Olahragawan, Adik Mas Muhammad Razif |
Penyampain Anugerah Olahragawati, Adik Elvira |
Sesi bergambar sebagai kenangan |
- Diharap melalui program “Sukan Tahunan SK Abang Aing” ini akan dapat meningkatkan penyertaan dan penglibatan murid-murid SK Abang Aing sebagai usaha membina generasi yang mempunyai gaya hidup yang sihat dan cergas sepanjang hayat di samping mencungkil bakat dan meningkatkan prestasi murid-murid untuk menghasilkan atlet yang berpotensi ke arah kecemerlangan sukan.
"TOGETHER WE STRIVE FOR THE BEST"
Subscribe to:
Posts (Atom)
SAMBUTAN HARI MALAYSIA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2023
RASIONAL Sambutan bulan Kemerdekaan merupakan antara aktiviti yang diraikan oleh semua rakyat Malaysia sama ada di peringkat kebangsaan ...
-
Aktiviti : Majlis Penutupan Program Transisi 2019 Tarikh : 18 Januari 2019 Tempat : Dewan Bougainvella, SK Abang Aing Majls penutup ...
-
18 Februari 2019 ( Isnin ), program ini telah berlangsung di Dewan Bougainvillea telah bertukar tempat atas sebab cuaca tidak mengizinkan.....