Tuesday, February 19, 2019

SUKAN TAHUNAN SK ABANG AING TAHUN 2019

12-13 Februari 2019, Kejohanan Sukan Tahunan SKAA Tahun 2019 telah berlangsung di Kompleks Sukan, Sri Aman.



PENDAHULUAN
  • Bersukan adalah suatu amalan yang baik untuk setiap murid. Ianya harus dijadikan satu daripada aktiviti kehidupan yang berterusan. Kecergasan fizikal melalui sukan yang bersistematik lagi teratur sangat penting kepada kedua-dua aspek kesihatan fizikal dan mental. Amalan bersukan juga dapat meningkatkan taraf kesihatan dan produktiviti seseorang murid.

RASIONAL
  • Menanamkan semangat dan kesedaran bersukan kepada murid-murid untuk direalisasikan dalam amalan kehidupan seseorang murid terhadap keluarga, masyarakat dan negara.
  • Memberi pendedahan dari aspek ilmu dan amalan melalui program sukan.
  • Menanam sikap dan disiplin diri yang tinggi di kalangan murid melalui aktiviti-aktiviti sukan.
Gambar-gambar semasa aktiviti..

Guru Besar bersama EXCO PIBG
Tempat Ke-4, Rumah Kuning
Tempat Ke-3, Rumah Biru
Naib Johan, Rumah Merah
Johan, Rumah Hijau
Penyampaian Anugerah Olahragawan, Adik Mas Muhammad Razif
Penyampain Anugerah Olahragawati, Adik Elvira
Sesi bergambar sebagai kenangan
  • Diharap melalui program “Sukan Tahunan SK Abang Aing” ini akan dapat meningkatkan penyertaan dan penglibatan murid-murid SK Abang Aing   sebagai usaha membina generasi yang mempunyai gaya hidup yang sihat dan cergas sepanjang hayat di samping mencungkil bakat dan meningkatkan prestasi murid-murid untuk menghasilkan atlet yang berpotensi ke arah kecemerlangan sukan. 
"TOGETHER WE STRIVE FOR THE BEST"

Gambar-gambar selanjutnya..


Saksikan Video Sukan Tahunan SKAA Tahun 2019



1 comment:

SAMBUTAN HARI MALAYSIA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2023

  RASIONAL Sambutan bulan Kemerdekaan merupakan antara aktiviti yang diraikan oleh semua rakyat Malaysia sama ada di peringkat kebangsaan ...