IHYA' RAMADHAN 1440H anjuran Panitia Pendidikan Islam SK Abang Aing
1.0
PENDAHULUAN
Sesungguhnya
bulan Ramadhan merupakan bulan yang sentiasa dinantikan oleh umat Islam kerana
bulan ini dipenuhi dengan keberkatan dan kerahmatan Allah. Umat Islam
seharusnya menerima kehadiran Ramadhan dengan penuh kegembiraan dan berusaha
merebut segala ganjaran yang dijanjikan kepada hamba-Nya yang berpuasa dan
melakukan amal soleh. Ibadah puasa yang telah difardhukan ini mengandungi
pelbagai rahsia dan hikmah yang perlu diketahui agar kita berupaya menghayati
dan melaksanakannya dengan penuh keikhlasan.
2.0
MATLAMAT
Bulan Ramadhan perlu dihayati dan
dipenuhi dengan pelbagai amalan wajib dan sunat agar kehadirannya dirasai.
Matlamat akhir Ramadhan bagi melahirkan insan yang bersih dari segi rohani dan
jasmani melalui ibadah puasa dan amalan sunat yang lain. Oleh itu, Panitia
Pendidikan Islam dan Panitia Bahasa Arab SK Abang Aing telah mengambil
inisiatif sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak untuk menganjurkan program Ihya’
Ramadhan demi memastikan seluruh warga SK Abang Aing dapat mengahayati dan
berjaya merebut segala ganjaran yang dijanjikan oleh Allah S.W.T.
1.0
OBJEKTIF
1.1
Memberi
kesedaran tentang kepentingan menghidupkan bulan Ramadhan Al Mubarak.
1.2
Menyebarkan
ilmu dan maklumat tentang kelebihan ibadah puasa dan amalan-amalan sunat yang
lain.
1.3
Memberi
peluang kepada warga sekolah menambahkan amal jariah.
1.4
Menggalakkan
ibadah membaca Al-Quran dalam kalangan guru dan murid.
1.5
Menggalakkan
murid mengetahui dan mengenali huruf-huruf hijaiyah yang terdapat di dalam
iqra’ 1 hingga 6.
1.6
Mengeratkan
hubungan silaturrahim antara warga SK Abang Aing
- USTAZ IHSAN BIN MOHD NOOR
No comments:
Post a Comment