Wednesday, January 29, 2020

PROGRAM JOM KE SEKOLAH TAHUN 2020


PENGENALAN
Program Jom ke Sekolah adalah merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin usaha dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah KPM.

OBJEKTIF
  1. Mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap diantara pihak sekolah dan pihak PPS.
  2. Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.
  3. Memperluaskan penggunaan Papan Kenyataan Pegawai Perhubungan Polis Sekolah (PPPS) oleh PDRM di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Sekolah.
  4. Memberikan ruang kepada pihak PDRM melalui PPS untuk memaparkan maklumat penting dan terkini mengenai isu-isu semasa kepolisian kepada warga sekolah dan pihak ibubapa.
Perasmian Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM; Pelancaran Program Jom ke Sekolah & Ziarah Cakna
Sesi bergambar
PENUTUP
Kehadiran pihak polis pada awal musim persekolahan akan dapat meningkatkan kerjasama antara pihak sekolah dengan PPS. Secara tidak langsung akan dapat mempertingkatkan usaha ke arah pembentukan sahsiah diri murid yang lebih positif serta dapat menigkatkan kemerjadian murid.



"Together We Strive For The Best"

No comments:

Post a Comment

SAMBUTAN HARI MALAYSIA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2023

  RASIONAL Sambutan bulan Kemerdekaan merupakan antara aktiviti yang diraikan oleh semua rakyat Malaysia sama ada di peringkat kebangsaan ...