Wednesday, February 20, 2019

PROGRAM JOM KE SEKOLAH TAHUN 2019

18 Februari 2019 ( Isnin ), program ini telah berlangsung di Dewan Bougainvillea telah bertukar tempat atas sebab cuaca tidak mengizinkan..


MAJLIS PERASMIAN PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM:
- PROGRAM JOM KE SEKOLAH
- PELANCARAN PAPAN KENYATAAN PPS
PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2019

Majlis ini adalah merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah KPM.

OBJEKTIF
  • Mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di antara pihak sekolah dan pihak PPS.
  • Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.
  • Memperluas penggunaan papan kenyataan PPS di sekolah-sekolah KPM bagi tujuan memaparkan maklumat penting dan terkini mengenai isu-isu semasa kepolisian kepada warga sekolah dan ibu bapa.
Gambar-gambar semasa majlis..

Murid-murid mengambil tempat


Ketibaan Tetamu Jemputan bersama Guru Besar dan Exco PIBG
Bacaan doa oleh. Ustaz Mohd Harris bin Mohd Jamari
Ucapan alu-aluan oleh Guru Besar, Cikgu Bohan bin Hj. Sahar
Ucapan PPS, Sarjan Backer Ak Dundi
Ucapan YB Menteri Pendidikan, PK Pentadbiran, Encik Mohamad bin Bujang


Simbolik Perasmian, Perasmian Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM; Pelancaran Program Jom Ke Sekolah dan Perasmian Papan Kenyataan PPS
Ikrar Jom Ke Sekolah
Sesi bergambar
GAMBAR-GAMBAR SELANJUTNYA..

Tuesday, February 19, 2019

SUKAN TAHUNAN SK ABANG AING TAHUN 2019

12-13 Februari 2019, Kejohanan Sukan Tahunan SKAA Tahun 2019 telah berlangsung di Kompleks Sukan, Sri Aman.



PENDAHULUAN
  • Bersukan adalah suatu amalan yang baik untuk setiap murid. Ianya harus dijadikan satu daripada aktiviti kehidupan yang berterusan. Kecergasan fizikal melalui sukan yang bersistematik lagi teratur sangat penting kepada kedua-dua aspek kesihatan fizikal dan mental. Amalan bersukan juga dapat meningkatkan taraf kesihatan dan produktiviti seseorang murid.

RASIONAL
  • Menanamkan semangat dan kesedaran bersukan kepada murid-murid untuk direalisasikan dalam amalan kehidupan seseorang murid terhadap keluarga, masyarakat dan negara.
  • Memberi pendedahan dari aspek ilmu dan amalan melalui program sukan.
  • Menanam sikap dan disiplin diri yang tinggi di kalangan murid melalui aktiviti-aktiviti sukan.
Gambar-gambar semasa aktiviti..

Guru Besar bersama EXCO PIBG
Tempat Ke-4, Rumah Kuning
Tempat Ke-3, Rumah Biru
Naib Johan, Rumah Merah
Johan, Rumah Hijau
Penyampaian Anugerah Olahragawan, Adik Mas Muhammad Razif
Penyampain Anugerah Olahragawati, Adik Elvira
Sesi bergambar sebagai kenangan
  • Diharap melalui program “Sukan Tahunan SK Abang Aing” ini akan dapat meningkatkan penyertaan dan penglibatan murid-murid SK Abang Aing   sebagai usaha membina generasi yang mempunyai gaya hidup yang sihat dan cergas sepanjang hayat di samping mencungkil bakat dan meningkatkan prestasi murid-murid untuk menghasilkan atlet yang berpotensi ke arah kecemerlangan sukan. 
"TOGETHER WE STRIVE FOR THE BEST"

Gambar-gambar selanjutnya..


Saksikan Video Sukan Tahunan SKAA Tahun 2019



SAMBUTAN HARI MALAYSIA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2023

  RASIONAL Sambutan bulan Kemerdekaan merupakan antara aktiviti yang diraikan oleh semua rakyat Malaysia sama ada di peringkat kebangsaan ...