RASIONAL
Sambutan bulan Kemerdekaan
merupakan antara aktiviti yang diraikan oleh semua rakyat Malaysia sama ada di
peringkat kebangsaan mahupun di peringkat sekolah. Ia bertujuan mengukuhkan
pengetahuan sedia ada murid serta
pengetahuan yang diperolehi melalui proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas untuk dipraktikkan di dalam kehidupan seharian. Selain itu, ia dapat
mengeratkan perpaduan di kalangan murid serta menyuntik semangat cintakan tanah
air. Selain itu, program ini bertujuan memupuk semangat cintakan tanah air,
mengasah dan menonjolkan bakat dan juga diharap dapat mengeratkan silaturahim
di kalangan murid dan warga sekolah.
TEMA
Malaysia Madani Tekad Perpaduan
Penuhi Harapan
OBJEKTIF
- Merangsang minat, rasa ingin tahu dan keterujaan murid untuk mengkaji sejarah terutamanya sejarah kemerdekaan negara.
- Mengembangkan potensi kreatif murid terhadap kepentingan menghargai sejarah negara.
- Memupuk semangat cinta akan negara dan menghargai usaha pejuang kemerdekaan negara.