24 JULAI 2019 (RABU)
PROGRAM STEM 'OUTREACH'
ANJURAN BERSAMA
YAYASAN SARAWAK
SWINBURNE UNIVERSITY OF TECHNOLOGY SARAWAK CAMPUS
& PERSATUAN GURU BIMBINGAN & KAUNSELING SARAWAK ZON SRI AMAN
LATAR BELAKANG
- STEM (Science, Technology, Engineering, Mathematics) merupakan salah satu agenda pendidikan yang dipromosikan dalam kalangan murid-murid sekolah dalam era teknologi dan digital pada masa kini. Kebanyakan sekolah telah menubuhkan Kelab STEM dan banyak isu yang diperbincangkan tentang perkara ini. Walau macam mana pun, pada hakikatnya, ramai guru yang masih tidak pasti tentang cara-cara mempromosikan idea STEM ini dalam kalangan murid-murid mereka. Jadi STEM hanya jadi topik perbualan sahaja pada kebanyakan masa. Daerah Sri Aman dan Lubok Antu amat bernasib baik kerana telah dipilih oleh Swinburne University of Technology Sarawak Campus untuk menjalankan Program STEM ini. Persatuan Guru Bimbingan & Kaunseling Sarawak Zon Sri Aman menjadi penganjur bersama untuk program tersebut. Program ini adalah di bawah tajaan Yayasan Sarawak.
OBJEKTIF
- Para peserta berpeluang mengalami beberapa jenis aktiviti yang berkait rapat dengan STEM dan faham tentang intipati STEM yang sebenarnya serta meningkatkan minat mereka terhadap subjek-subjek STEM.
MATLAMAT
- Para guru dan murid mampu menyebarkan informasi yang terkini serta pengalaman mereka tentang aktiviti STEM kepada orang-orang di sekeliling mereka terutama sekali warga sekolah masing-masing dengan harapan lebih ramai murid akan minat subjek-subjek STEM.
VIDEO